Jul 7, 2008

My Beloved Father's Birthday & My Beloved Mum's Tahlil Day

On 13th June tu kami se-famili telah mengadakan kenduri selamat sempena hari ulangtahun bapa ku yang tercinta yang ke 69 tahun tahun ini. Semoga sentiasa dirahmati, dimurahkan rezeki, diberikan kekuatan dan kesihatan serta dipanjangkan usia...amiin. kebetulan birthday bapa tahun ni jatuh hari jumaat - penghulu segala hari so kami adik beradik buat la kenduri kesyukuran yang dihadiri oleh semua adik-beradik ku, ipar duai ku dan cucu-cucu bapa ku...

Pada hari ulangtahun my father ni juga la anakku naufal telah membuat semua hati orang tercuit...time2 mau potong kek lepas nyanyi hepi besday oleh cucu2 bapa ku...tiba2 ja naufal teriak "stop-stop-stop..." sambil tangan dia angkat tangan...semua tediam tingu dia...sekali my hubby tanya kenapa terus dengan selambanya dia jawab - "belum ada candle lagi".... pecah bederai ketawa semua orang...

Birthday cake to my father - sponsor by Ammoy & family (my sister).

Atas ni saat mau potong kek...biasala zuriat Hj. Hamdin yang kecik2 kumpul sebelah "bapa tua" dorang...

Then, a week after kami kumpul lagi adik beradik untuk buat majlis tahlil aruah my mum. kami solat berjemaah maghrib dan terus tahlil terus solat isya' jemaah. seronok tau ramai2 kumpul macam ni...terus mau buat acara bulanan kami adik beradik. tapi nda la setiap bulan kali sebab ada yang tinggal jauh2 kena la consider juga kan.

Bawah ni time tahlil tu...my sister and ipar2 la

Ini aksi2 hero-hero Hj. Hamdin, my bros and ipar2 n my hubby :)


Ini plak cucu my dad yang paling bungsu (setakat ni la) lepas nadhrah :) my sis punya produk.

Jul 1, 2008

I'm back...

Rasanya ada sebulan tidak mengaktifkan diri dalam blog ni.....veeeeeeeerrrrrryyyyyyyyyyy the bz....last month was the busiest month of my life ... knun la...

Lepas HAKUMS 8 hari tu saya diserang demam teruk sampai seminggu demam panas dan tonsil bengkak dan gastrik dan migraine...all in 1...sengsara nya. sampai 3 kali pi klinik dan di bagi 7 hari MC dari 09 - 17 Jun (of course la dua-dua hari in one MC)... jumpa specialist lagi takut kena virus apa2...terus kena amik darah. alhamdulillah bukan apa...cuma kena infection teruk sebab tonsil bengkak.

18hb saya masuk ofc terus dapat surat kena pindah ke SKTM...actually tau awal sehari melalui telefon dan sms dari rakan2 dan orang ofis....macam mau demam balik time dengar tu...mana nda blm pun sampai dua tahun pindah ke SSS - belum panas injin lagi - org sabah bilang...suda kena tukar skul lagi...penat oooo...

Anyway, walaupun berat hati mau pindah sebab belum "outstanding" kerja2 di SSS tapi i have to go demi kemajuan kerjaya...bukan apa di SKTM ni jawatan Senior AR so amik la peluang ni demi my career dan dalam masa yang sama sebagai new challenge for me memikul tanggungjawab lebih sikit berbanding sebelum ni...ya la sekolah besar so tanggungjawab lebih la besar...bukan sekadar pindah mau goyang kaki kan...

Apa pun, saya sekali lagi ingin mengucapkan tq to all staff and lecturers di SS atas sokongan padu yang diberikan selama ni...walaupun suda terucap dalam farewell hari tu tapi ingin dirakamkan sekali lagi dalam my blog ni especially dedicated to Kedekanan SSS dan staff sokongan.

To my new colleague at SKTM, i will do my very best dalam mencapai kecemerlangan SKTM dan juga my own career. Semangat la ni.... ;)

Baru seminggu di SKTM walaupun surat arahan pindah berkuatkuasa 18 Jun 2008 tapi me report duty last monday (23rd June 2008).
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

You Are My VIG No. :

Free Web Counters
Web Counter THANK YOU