Berikut sumber dari dictionary.com berhubung definisi hipokrit :
[hip-uh-krit]
—Related forms
—Synonyms
deceiver, dissembler, pretender, pharisee.
Dalam erti kata yang mudahnya, hipokrit ini iaitulah orang yang suka berpura-pura (pretend) bahawa dia tidak menyukai sesuatu hal padahal dalam realitinya sama ada sedar, separa sedar (pre-conscious) atau tanpa sedar dia juga melakukan perkara yang dikata tidak suka itu. Atau orang yang suka membodek dan mengampu untuk kepentingan dirinya sendiri.
Kenapa lah agaknya saya mengutarakan isu hipokrit ini agaknya ya. saya pun confuse sekejap. Cuma minta dijauhi lah saya dan keluarga dan rakan2 dari sifat yang tidak baik ini. Bukan apa, adalah lebih baik bagi saya menyerlahkan kita punya "true color" daripada berpura-pura. Sebab dalam kitab suci Al-Qur'an pun ada menyatakan sikap hipokrit ini yang dikenali sebagai orang yang munafiq (na'uzubillahi min zalik). Dan dalam hadith pun dinyatakan golongan munafik ini :
Empat sifat, siapa yang bersifat dengannya bererti ia seorang munafik yang nyata, dan siapa yang mempunyai salah satu dari sifat-sifat itu bererti ia mempunyai satu sifat munafik sehingga ia meninggalkan sifat itu iaitu :
Apabila bercakap ia dusta, apabila berjanji ia mungkiri, apabila ia mematerikan perjanjian ia cabuli perjanjian itu dan apabila berbalah (bertengkar) ia nak menang.”
Riwayat oleh al’Syaikhan dari Ibn. ‘Amr.
Orang yang hipokrit ini kita lihat tidak akan pernah konsisten percakapan dan perbuatannya. Orang bilang "cakap nda serupa bikin". gitu lah seorang yang hipokrit ni boleh jadi "pelakon terbaik" dan boleh dikira membolot anugerah skrin atau bintang popular sebagai actor/actress terbaik disebabkan oleh sikapnya itu. Becakap macam dia lah baik dan kalah malaikat...tapi sebenarnya dia lah bapa segala kejahatan dan kedurjanaan. Orang begini becakap pasal orang nda betul dia lah #1 sedangkan dirinya sendiri pun sebenarnya nda la sesempurna mana. Orang2 sebegini sebaiknya dihndari kerana tidak mustahil satu hari nanti kita juga akan diumpat keji bila mana berlaku sesuatu yang tidak "ngam" dengan kehendaknya. Maklumlah, orang begini akan sentiasa berubah-ubah sikap mengikut kepentingan dan keutamaan dirinya.
Statement biasa dari orang-orang hipokrit a.k.a munafiq ini :
1. kalau aku jadi si polan (yang dinampak senang) aku kasi sedekahla duit lebih2 tu. apa juga duit tu bukan juga boleh bawa mati mau kedekut2... (bila dia senang nda pula dia ingat mau kasi sedekah. sama juga kedekut dia)
2. aku ni paling nda suka la orang yang suka bermuka-muka ni. (padahal dia sendiri cakap dgn si A nda suka c B, bila dgn c B dia cakap plak nda suka c A)
3. malas la mau dapat kredit dengan pencapaian yang kita buat. yang penting kita ikhlas buat kerja (padahal bila nda kena puji atau orang nda appreciate mula la mau merajuk la, mau berenti kerja la)
4. Aku bukan apa mau kasitau ko bla bla bla...supaya ndada cakap belakang dan mengelak dari sengketa dan fitnah...(padahal sebelum confront dgn orang tu puas suda "diratah daging" saudaranya dan tepecah bederai sudah silaturrahim baru mau confront).
Akibat dari sikap hipokrit ini memang banyak padahnya yang "sendiri mau ingat". Nda payah la saya panjang lebarkan lagi dengan akibat dari perbuatan orang hipokrit ni. merata kita lihat sama ada realiti atau crita2 di TV.
Jadi kesimpulannya janganlah kita jadi hipokrit. Buat sesuatu biar berpada orang kata. supaya hidup selamat dunia akhirat. InsyaAllah.
Wallahu a'lam.