Mar 8, 2012

SBPA vs SSM

Pelarasan gaji kuatkuasa 1 Januari 2012


2012/03/08

PUTRAJAYA: Pelarasan gaji yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini akan berkuatkuasa 1 Januari tahun ini dan dibayar mulai bulan ini atau April, kata Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman.

Beliau berkata, ia berdasarkan kepada perbincangan CUEPACS dengan Perdana Menteri sebaik selesai Perhimpunan Khas Penjawat Awam Bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, pagi tadi.
"Sama ada pembayaran akan dibuat secara penuh atau berperingkat, ia bergantung kepada jabatan masing-masing," kata Omar ketika ditemui di sini, hari ini.
Pada perhimpunan itu, Perdana Menteri turut mengumumkan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan mengembalikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang akan ditambah baik.

Sementara itu, Najib turut mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus untuk Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 1 hingga 54; sembilan peratus untuk Gred Utama dan Gred Khas C,B dan A; lapan peratus Kumpulan Turus III dan Turus II; dan tujuh peratus untuk Kumpulan Turus I dan Ketua Setiausaha Negara. - BERNAMA

Good news? Or bad news?.... apa-apa pun -

Syukur Alhamdulillah Ya Allah atas rezeki yang Engkau telah berikan.

Yang penting kerja dengan kesungguhan biar sepadan dengan gaji yang diterima.... InsyaAllah.

Lagi satu....harga barang harap la jangan naik. Kesian kepada mereka yang tidak bekerja dengan kerajaan (termasuk my Mr. Hubby).

Mar 6, 2012

Pesan Mama (shared from Kak Warda Din)

Buat permata hati mama & papa - Naufal, Nadhrah, N atasyah dan Nufail. Renung2kan hasil nukilan kawan mama ini sebagai pesanan mama untuk anak-anak tersayang...
Pesan mama....

anak-anak mama,
Di saat engkau melihat mama menua, janganlah bersedih ,,,
maklumilah mama, dukunglah mama, bagaikan mama terhadapmu
di saat engkau mulai belajar tentang kehidupan.

Disaat mama tua bukan lagi mama yang dahulu,
maklumilah mama,bersabarlah dalam menghadapi mama.
Disaat mama menumpahkan kuah sayur di baju mama,
di saat mama tak lagi mengingat cara mengikatkan tali sepatu,
ingatlah saat-saat bagaimana mama mengajarimu,
membimbingmu untuk melakukannya.
Disaat mama dengan lupanya mengulang terus-menerus ucapan yang membosankanmu,
bersabarlah mendengarkan mama, jangan memotong ucapan mama.
Dimasa kecilmu mama harus mengulang dan mengulang terus
sebuah cerita yang telah mama ceritakan ribuan kali hingga dirimu terbuai dalam mimpi.

Disaat mama memerlukanmu untuk memandikan mama,
janganlah menyalahkan mama, ingatlah di masa kecilmu
bagaimana mama dengan berbagai cara memujukmu mandi.

Disaat mama melupakan topik pembicaraan kita berilah sedikit waktu pada mama untuk mengingatnya, sebenarnya topik pembicaraan bukanlah hal yang penting bagi mama,
asalkan kau berada di sisi mama untuk mendengarkan mama,
mama amat bahagia dengan perhatianmu.

Disaat mama kebingungan dengan hal-hal yang baru dan teknologi moden,
janganlah menertawai mama.
Renungkanlah bagaimana mama dengan sabarnya menjawab setiap ucapan
Apa tu? Apa ini? Mengapa begini? Yang kamu ajukan saat kau kecil.
Disaat kedua kaki mama terlalu lemah untuk berjalan,
Hulurkan tanganmu yang muda dan kuat untuk memapah mama,
bagaikan di masa kecilmu mama menuntun melangkahkan kakimu untuk belajar berjalan,
Dahulu mama menuntunmu memapah jalan kehidupan ini.

Temanilah mama hingga akhir jalan mama.
Berilah mama cinta kasih dalam kesabaranmu,
mama akan menerima dengan senyuman yang penuh syukur.
Dalam senyum mama tertanam kasih yang tak terhingga padamu anak-anakku …
Disaat mata mama tidak bisa melihat seperti dulu
mama berharap kamu lebih sabar sama mama,
juga mau menjadi mata mama atau tongkat buat mama,
Seperti dulu waktu kamu bayi belum bisa melihatmama
dan dengan sabar mama mengajari cara kamu melihat nak ............
Semoga anak-anak mama menjadi anak soleh/solehah dan diberkati dunia akhirat. Amiin.

Our Fourth Little Star

This entry specially mengisahkan kelahiran putera bungsu kami beloved Nufail a.k.a Ayil our 2nd little hero, the 4th and final little stars...


Ini anak Tadau Kaamatan. Lahir ngam2 30 Mei 2012 awal subuh jam 4.30pagi. Sama macam abg dan kakaknya...keluarnya lagi cepat dan mudah (macam moto mudah.my pulak hehehe). Tapi yang ini the 1st time experience ada tanda2 awal kelahiran seawal jam 3am. Jangkaan lahir ialah pada 06 Jun 2012. Macam biasa semua keluar awal dari due. Jadi setiap kali birthdaynya nda perlulah apply cuti untuk celebrate.

Sepanjang kehamilan sangat aktif bekerja dan outstesen...8th month kandungan pun masih terbang ke KT. Sepanjang dia masih dalam perut juga macam2 bengkel dan meeting dan lawatan kerja dibuat jadi bermacam2 nama timangannya diberikan oleh rakan2 spt Mohd. MQA, Mohd. KPI dll :) Yang terharu salah seorang Prof. yang amat disegani dan dihormati dari IPTA luar mengusap perutku sambil cakap "pintar anak u ni nanti sb macam2 majlis ilmu dia ikut mama dia..." InsyaAllah Amiin. Alhamdulillah lahir Nufail Rushdy - Pemberian Allah yang Pintar. InsyaAllah jadi anak yang soleh dan pintar.
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

You Are My VIG No. :

Free Web Counters
Web Counter THANK YOU