Tinggal 2 hari lagi kita akan menyambut hari kemerdekaan. Sebelumnya saya hanya berfikir untuk mengucapkan hari merdeka kepada semua saudara mara, rakan taulan dan seluruh warga malaysia yang membaca blog ini. tapi niat asal telah beralih setelah membaca ruangan MERDEKA dan MENGINGATI PEJUANG-PEJUANG KEMERDEKAAN dari blog mantan Perdana Menteri kita Tun M.
Ada betulnya apa yang Tun M katakan. Bahang merdeka tidak berapa dirasai seperti tahun-tahun sebelumnya. semangat untuk mengibar jalur gemilang (bagi saya) hanya "tersinggah" di hati setelah mendapat pekeliling dari atasan saya untuk kibarkan jalur gemilang di bangunan tempat bekerja...sumbangan saya hanya lah berbentuk "order" kepada kakitangan saya untuk kibarkannya di pejabat dan bangunan kami. that's it. Pemerhatian di atas jalan pun rata-rata awam tidak mengibarkan jalur gemilang di kereta masing-masing dan memungkinkan kemeriahan bahang sambutan merdeka pada tahun ini amat tidak dirasai. Biasanya sebulan sebelum merdeka pun ada juga yang letak bendera di kereta tanda menghargai kemerdekaan yang dikecapi selama setengah abad ini. di pihak saya pula, saya akui tidak pernah mengibar jalur gemilang di kereta sejak memiliki kereta sendiri :) tapi ini tertakluk kepada penilaian individu....mungkin ada yang masih merasai kemeriahannya, ada yang macam biasa saja dan ada pula rada kemeriahan tidak macam dulu ....
Hmmm...no comment. mungkin ada betulnya la rakyat suda muak dengan pemimpin kini yang tidak begitu prihatin terhadap keperluan semasa rakyat. mungkin ilmu saya cetek dalam politik. tapi pandangan saya sebagai salah seorang rakyat malaysia, dua kekalahan BN (Mac dan terbaru Permatang Pauh) telah membuktikan suara rakyat yang perlukan kepimpinan yang lebih telus dan adil walau perjuangan UMNO-BN mengkhusus untuk kaum MELAYU. Analisis pilihanraya baru ni pun kaum yang banyak mengundi di Permatang pauh kalau nda silap saya baca di paper ialah melebihi 50% dari 82% yang keluar mengundi....correct me if i am wrong. Apa yang Tun M katakan dalam news few days ago ada betul nya...Opponent party bukannya menang tapi BN yang kalah.
Apa pun, ini sekadar luahan rasa. tiada sekelumit niat untuk berpolitik atau menyokong atau membangkang mana-mana parti. cuma berharap pemimpin-pemimpin negara baik pemimpin kerajaan mahupun pemimpin pembangkang yang telah diberi kepercayaan menerajui rakyat, bangunlah dari tidur lena...jangan hanya memikirkan periuk nasi dan kepentingan diri, bantu sesama rakyat kerana AMANAH yang diberikan rakyat bukan dipersoalkan di SINI saja paling utamanya bila dipersoalkan di SANA nanti.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 51.
No comments:
Post a Comment