Dec 10, 2009

2009 hampir ke penghujung...

Lagi 8 hari, umat Islam selurh dunia akan merayakan tahun baru Maal Hijrah 1431H. Dalam masa yang sama lagi 20 hari tahun 2009 ini akan melabuhkan tirainya. Terasa masa semakin singkat dan suntuk pula. Sentiasa "terkejar sana sini" sepanjang tahun ni tapi ntah apa yang dikejar...? Mengejar azam 1430/2009? Itu tetap dikejar cuma ada juga yang "tercicir" dalam pengejaran tu. Sedih juga sebab setiap tahun ada saja azam yang keciciran. Silapnya memang dari dalam diri - tidak patut menyalahkan orang / benda lain kan...sebab azam tu sendiri set so sendiri mau fikir la macam mau dicapai.

Dalam memikir untuk mencapai azam 1430/2009 yang masih berbaki ni....fikiran juga bercelaru utk perancangan dan azam tahun 1431/2010. Berbaloi ka meletakkan azam baru sedangkan azam 2009 masih lagi ada yang belum dicapai? Rasanya azam utk tahun baru ni macam "copy - paste" ja azam lama...dalam ertikata lain tiada la azam baru. Azam itu hanya utk mencapai apa2 yang belum tercapai pada tahun semasa.

Blog ni pun sudah lama tidak ber-update. Memang banyak bahan cerita suka - duka - masam - pahit dan segala perasa kehidupan untuk dikongsikan bersama. Tapi masa dan keadaan diri yang tidak berapa mengizinkan... Hehe sekali lagi masa pulak dipersalahkan...sedangkan masa tu siapa yang atur? Kadang bila ditilik2 ditimbang2 masa tu memang boleh bagi orang2 yang pandai mengaturnya. Berbalik pada frasa - sendiri la mau fikir!

Sebelum melalut ke tempat lain aku kena stop buat sementara...harap2 lepas ni aku akan dapat me-manage masa ku dengan baik dan teratur utnuk kehidupan yang lebih bermakna...Amiin.

No comments:

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

You Are My VIG No. :

Free Web Counters
Web Counter THANK YOU