Sep 28, 2008

Pre-Raya Family Gathering

This is considered as family gathering for raya this year for us...though not all attended this family event, those going back to their spouse's hometown were coming. Actually want to visit my mom's graveyard unluckily the traffic heading towards papar was badly congest. so, direct to our sist house - reached at 6.09pm few minutes before sungkai. We eat and chat, solat maghrib...continue eat and chat again :)
My in-laws (in brown) and my sis (in blue) both are pregnant. My bro (in white T) and in laws (mid pic). My little hero with cousins - syok play2 whilst our beloved bapa / bapa tua watched in silent.

My Beloved niece & nephew (clockwise) Muhammad Danial Hambali (2 yrs), Nida Qistina Abd. Wahid (4 yrs), Amir Hamzy Abd. Razak (4 yrs) and Amir Ridhwan Abd. Razak (3 yrs)

Well that's it...surely i felt very happy for this gathering but sad - thinking of celebrating 1st day raya without my bapa tis year. He'll going back to Beaufort to celeb raya with his wife' s family and 2 of my sisters are going back to their spouse hometown (Lahad Datu & Pahang). Till next raya - INSYA ALLAH.

Cleaning for Raya - Part I

Diari raya - kmarin aku telah membuat house cleaning secara besar-besaran dan drastik :) dengan bersemangatnya aku telah berjaya melaksanakan nya dengan cekap dan berkesan (macam 5S la pulak)...lupa amik gamabr "before"... Suda siap kemas dan ganti mat baru teringat mau amik gambar. Tapi it was awful before dengan brg2 yang byk dan termites...musuh no 1 negara ku (my home la...)

First tot, i want to make it as the "entertainment corner"...tempat tingu tv and budak2 main2...tapi memikirkan my father always watched tv sambil baring di sofa...nda sampai ati plak move the tv over here...last2 di buat tempat menyimpan barang2 melamine ku yang disimpan dalam container box serta toys naufal dan nadhrah. Suda siap kemas plak lupa jg amik gambar sebab kelam kabut mau besiap ke papar...kalau sempat dan rajin nanti la i upload kemudian. Insya Allah kalau ada rezeki lepas raya ni ... rumah ni akan diroboh...sedih pulak sebab byk sentimentol value nya rumah ni...but wat to do...kena juga pasal suda byk rosak sana sini dan termites sgt la berleluasa walaupun telah di racun last year dgn kos yang agak tinggi.

Kim & Apes Newborn...

Received sms from Kim on 23rd morning saying that she delivered a baby girl...so I asked her to MMS me her newborn. Very cute - her lips very sweet n like being put on some lipstick...the pic below taken 2 days after the birth date @ kim's house. I watched the vid captured by apes during the C-sect process...aiyak...very scary...anyway the baby resembles kim & apes (50-50)...yet it's too early to say about her looks.

Congratulation kim and apes. Don't forget to prepare the "contract agreement" for us ;)

Sep 26, 2008

Salam Lebaran 2008

Kami sekeluarga mengucapkan Selamat menyambut Syawal 1419H untuk semua ahli keluarga, sahabat handai, rakan taulan serta semua muslimin dan muslimat yang mengenali dan dikenali di mana saja berada.
p/s : kepada yang hantar kad raya tu, terima lah lakaran dalam blog ni sebagai balasan dari saya :)

Sep 25, 2008

1 Borneo Family Trip

Memandangkan this is the 1st time my hubby n me bawa anak2 ke 1 borneo sejak dibuka so i chose title di atas tu la... :)

Actually bukan on purpose mau ke 1 borneo se-famili pun, but on the 19th my hubby kena duty di sana jaga booth sampai malam. so, i suggest we jalan2 la terus. petang i amik anak2 n my hubby antar kereta to his brother dan i pick him at KK...

Sementara tunggu waktu sungkai tu sempat round kejap di bawah tu...naufal beli DVD Dora The Explorer sebab yang beli di standard hari tu langsung nda ble pakai.
Then sempat la pulak dorang naik benda alah ni (pic bawah)...sekali naik RM3 juga...dua2 mau naik...kasi la...Then masa sungkai nda tau mau makan mana...i ikut my hubby punya suggestion. so, alast makan di Manhattan....jauh tuuuu...ok juga la tapi ramai cakap sedap lagi Fish & Co. ntahla aku ni bab2 gini hentam ja.

So, kami amik ramadhan set la...dalam RM69++... ini lah antara menu dia...minuman nda sempat amik sebab bz dengan budak2

Lepas makan kami terus bawa budak2 main di tingkat 2 (ntah apa nama dia)...kami naik yang ala2 roller coaster tapi nda la mengerikan. naufal dengan papa dan nadhrah dengan mama dia la. naufal sgt lah ribut beteriak dan ketawa besar2an...yang lucu nadhrah...tiada perasaan ni...macam mr. bean naik RC tu la ... aku teriak2 dan kacau2 dia just senyum simpul ja...paling pun dia dengar abg dia teriak dengan papa di belakang dia toleh ja...buli2 anak aku ni kan...lasak. tapi best la juga tempat main dia ni...nda la typical macam di CP dan karamunsing tu...

Tapi best part...balik tu rasa semacam ja perut. kepala pun pening...sampai ja rumah apa yang ku makan keluar balik dari mulutku...muntah la ...gastrik...hm sia2 RM30++ (half of the price...) hehehe sekarang kena bekira...mau jimat hehehe...saja la.

Funny...

I Got This joke from a friend...

Subject: Bila Si Suami hantar puisi halus kpd isteri utk kahwin lain


PUISI INDAH..

Isteriku ,
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.


Lalu......
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet
lain...


*** Balasan Puisi si isteri***

Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang
telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu
dan....

akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu...


AKAN TETAPI. .
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...
MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan

cuma mancis saja!!!!!

please lah....!!!

Have a gud day... mzn

Sep 23, 2008

Pindah lagi...???

Actually berita ni tidakla mengejutkan aku sebab sememangnya aku tau secara verbal lebih awal...cuma tidak dapat di confirmkan sebab ya la selagi belum ada black & white...I have no comment.

Tapi petang kemarin terjawab dan ter-sah la segala-galanya. Aku akan dipindahkan sekali lagi pada tahun ini ke Pusat Pengajian Pascasiswazah (PPPS) kerana secara hitam-putihnya suda ada. Bermakna ini merupakan penempatan ku yang ke-4 selama berkhidmat di sini...

To be truth...agak berat hati juga menerima perpindahan itu (sorry ye kak misa) bukan sebab apa...di situ aku kembali bertugas di Jabatan yang memberikan service utk semua JSPIU. Berat juga tanggungjawab tu...lagi pula tempat yang bakal ku duduki ni dulunya merupakan orang yang cekap, efisien dan efektif dalam pelaksanaan tugas...bujang pulak tu ;) ...takut aku nda termampu untuk memikul tanggungjawab ini...lebih ku takuti kalau2 aku dibanding2 - "dulu punya PP dan sekarang punya PP"... lagi pula SKTM tu pun byk suda perancangan yang telah ku rangka...especially 5S...

Anyway, on positive side - aku terima perpindahan ini sebab bagi aku setiap manusia pasti ada kelebihan dan nda kurang juga kelemahan. Jadi aku akan cuba meningkatkan lagi kelebihan ku dalam masa sama mengurangkan kelemahan...tambah lagi PPPS ni merupakan jantung utk mana-mana U...lebih2 lagi kita ni ke arah research U...jadi aku kena mantapkan diri bermula dari sekarang... tambah lagi...aku tau aku akan dapat sokongan padu dari "bakal mantan PP Kanan PPPS" jadi aku harap aku dapat memenuhi expectation...tidak banyak - sikit pun jadilah. Memang banyak aku perlu belajar untuk ke tempat baru ni...BANYAK yang teramat sebab pengalamanku dan pengetahuan yang cuma sekelumit dibanding dengan PP lain ... memangla sgt sikit...tapi aku akan cuba my very best utk berkhidmat demi Universiti dan utk kemajuan kerjaya ku juga :) Harap2 ada post 48 lepas ni dan aku yang dinaikkan kehkehkeh...ini baru mata $$ atau mata Pound ssterling (nda jumpa simbol dia...hehehe)...nampak sgt la mata duitan tahap gaban...bukan guna RM...matawang asing lagi...apa pun meminjam kata2 teman sekali lagi...pangkat itu tidak datang dengan duit sahaja tapi juga tanggungjawab...persoalannya ramai orang mampu menerima pangkat dan kuasa tapi mampukah mereka (dan aku juga) untuk memikul amanah dan tanggungjawab yang diberikan...??? Hah jawab jangan nda jawab...

Macam panjang pula celotehku kali ni...apa pun harap2 aku boleh membuktikan sesuatu di tempat baru ni...

Sungkai @ Hyatt

Last saturday (20 Sept) aku telah bersungkai bersama rakan-rakan PPUMS di Hyatt Regency Kinabalu (betul ka tu...antam la). Sememangnya acara yang dinantikan setiap tahun ni ialah berbuka puasa di hyatt ni...setiap tahun buffet ramadhan @ Hyatt ni memang menjadi "first choice" la. Dan rasanya tidak menghampakan la setakat ni...kalau dulu mampu la pegi dengan duit sendiri...murah sikit la banding sekarang...ni per pax ja RM70++.Rasa kalau pegi sendiri nda mampula mau byr...Kali ni PPUMS yang sponsor dan I am the one to promote to all PPUMS members...jadi tidak lah sesekali aku melepaskan peluang ini :) Hai macamana la mau kurus ni...

Ini la antara "geng karas" ku...lin n pudan not in the pic...


Dua dara pingitan yang kontrol makan...diet la knun...


Alamak kenapa muka aku macam mau melepas tu...

Naufal belagak sombong kena amik pic dia...actually dia marah dgn Kak Misa sebab pegang kamera mama dia...hmmm kecik lagi suda karit...harap nda jadikan amalan...nda baik tau...


Lama nda kumpul bersama member2 PP kan...maklumla dengan kesibukan masing-masing...Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.

Anak2 PPUMS...baju merah tu anak Bad - Hakeem...dia la ketua segala kanak2 malam tu...bawah ni latest PPUMS product :) anak Samsui & Nenny...cute kan...

Montelnya c baju biru bawah tu...anak sapa la nih...

Gambar2 masa sungkai tu nda banyak la. Tau la kamera pun suda uzur...mau minta beli baru ba tu...tunggu la ada rezeki lebih nanti br ganti...bukan mendesak sgt juga keperluannya...berhemah skit kan. Anyway...tq to all yang menjayakan majlis ini...panjang umur dan murah rezeki diberi kelapangan jumpa lagi di lain masa dan aktiviti...

Sep 15, 2008

Amalan 5S...

Actually time ni nda dapat tidur...jam suda 1 lebih jadi alang2 tunggu sahur terus la jam 3 ni mau masak apa yang patut...sementara menunggu waktu sahur ni apa lagi mengadap PC la jap...
Suda kering idea tapi teringat plak mau tulis abut Amalan 5S...actually ia sebahagian dari TQM. 5S ni actually diperkenalkan oleh negara "Nippon" nda ingat suda nama dia... dialihbahasakan ke Bahasa Melayu jadi la dia SISIH, SAPU, SUSUN, SERAGAM dan SENTIASA AMAL...dalam Jepunnya pun semua bermula dari huruf S...SEIRI, SEITON, SEISO, SEIKETSU dan SHITSUKE.
Ceritanya...last week saya terfikir untuk mulakan semula Amalan 5S di tempat kerja ku...actually my staff said that they already amalkan 5S before but since the admin office has had renovation 5S tinggal begitu ja. Jadi untuk permulaan i was inviting my fren yang kira arif dengan5S ni Cik Nots kita...but unluckily she got meeting jabatan pada waktu yang ditetapkan so ipostpone the in-house training next time la...cuma lawatan ke INTAN Sabah untuk melihat amalan 5S tu telah dijadikan kenyataan last friday...my staff said memang dorang ada pendedahan sebelum ni tapi lawatan ke agensi yang mengamalkan 5S tidak pernah dorang buat. so i initiate the lawatan untuk memberikan lebih dorongan dan semangat untuk mereka (dan aku juga) amalkan semula 5S ni...kalau tingu INTAN punya ofis tu memang la superb kekemasan nya. dari ruang pejabat Pengarah hingga lah ke stor penyimpanan barang2...congrats to INTAN sebab telah 3 tahun mendapat pensijilan 5S... Jadi saya juga mengimpikan agar my team dapat ke arah itu juga...tidak pun dapat pensijilan at least amalan pun jadi lah...harap2 kali ni aku mencapai target sebab ini merupakan kali kedua aku try mengamalkan 5S...1st yang separa jalan tu di tempat lama ku...sekerat planning dan dalam proses...kena pindah plak...so, ini di tempat baru harap2 dapat la kali ni initiate betul2...
Actually banyak agensi kerajaan lain yang telah mengamalkan 5S ni dan INTAN Sabah merupakan agensi ke-3 di Sabah yang mengamalkannya dan diberikan sijil 5S...on 19th ni again i will bring few staff to lawat SUP (jiran kami) di Kompleks kerajaan Persekutuan Sabah dan akan join ofis Nots dalam lawatan ni...
Gambar2 akan diupload kemudian sebab my camera terbawa oleh my staff hari tu...
To all my staff all the best dan jangan lupa starting next week...minggu SISIH telah bermula...(peringatan untukku juga tu sebenarnya)...

Sep 12, 2008

Pose Istimewa...

Malam merdeka tu nadhrah tidur awal (as usual). Dia ni jenis "mata buruk" macam mama dia :) kalau time tidur ja mengampai terus... naufal plak nda tau la ikut sapa...papa dia kali la. tahan mata terutama bila suda mengadap game atau cartoon...sampai jam 2-3 pagi ble tahan kalau di biar.



Yang atas ni pulak naufal amik gambar dia sendiri dan gambar adik dia masa kami otw pigi "bing-bing" (sebutan bank ala naufal)...naufal duduk seat belakang dan main2 camera...byk la pic yang nda menentu dia amik yang telah di delete...cuma yang ini kira dia pandai capture la...atau te-fluk ja... :)

Sep 11, 2008

Merdeka @ Imperial KK

Ini pun lambat mau crita...1st time menginap hotel sekitar kk...ooops lupa 2nd time actually sebab 1st time masa honeymoon dulu ada free suite room :) ....


Malam sambutan merdeka tu kami check in di Imperial Hotel KK. Bagi my frens and pembaca blog ku ini...sapa2 yang mau makan angin di kk boleh la menginap di sini...harga berpatutan la. Gvt. rate dalam RM230++ inclusive of bfast. cuma service dia fair enough la for a new hotel...Tapi overall ok la. bilik pun selesa dan ada kelas juga la.

Kami dinner pun di situ dan kebetulan malam tu ada "Bakar2" promotion RM48nett per pax. jadi ajak paksu dengan maksu sekali...tapi maksu bz be rebonding sampai sakit perut so dia kensel mau join. teh tarik dia sedap...lain2 biasa2 ja la.

Cuma senangnya utk para pelancong...bawah tu terus shopping complex...warisan square dan juga Centre Ponint KK. Makan no prob...starbucks, soho, frattini's, Secret Recipe, Big Apple, Olde Station...sumer ada...pasar pilipin pun walking distant can lor...pub n bar pun ada seberang jalan...so...jom lawat Sabah :)





Sep 9, 2008

TM oh TM ...

Geram ni dengan TMnet...about 3 weeks ago aku telah buat aduan kerosakan melalui talian 100. our phone line teda tone langsung. ingat mula2 phone yang tiada batteri. sekali cek internet pun sama nda idup... ingat cepat la sebab sebelum2 ni punya experience paling lambat dalam 2-3 hari la lepas aduan dibuat telah diambil tindakan...mau jadi cerita dalam seminggu tu tiada cerita so i told my hubby to call balik la buat aduan...takut nda samapai. pun sama juga...minggu kedua ada 2x la my hubby follow up...sekali last week my hubby follow-up lagi aku rasa dalam 2x...baru kemarin (8 September) ada orang datang...mau cakap kami ni tinggal di pedalaman nda juga la...malahan dekat ja dengan TM Putatan tu..jalan kaki pun sampai...yang geram lagi dia cek wiring yang ada prob...so kena kontek kontraktor lagi re-wiring utk phone and streamyx...terbang la juga RM120.00 dalam ketuaan bulan ni...baru la ok.hmmm suruh my hubby complaint pasal kelewatan tindakan di pihak TM. malas pula dia padahal kerja dengan TM Group juga hehehe...yang ini aku meng-update blog di ofis la baru ja abis rehat 45 minutes di bulan puasa ni...jadi curi masa kejap before back to work...dadaaaaaa

Sep 5, 2008

Congratulations...

Ini pun terlewat post dalam my blog...anyway rasanya tidak lah terlalu lewat untuk saya mengucapkan sekalung tahniah kepada semua rakan yang telah dinaikkan pangkat pada 11.08.2008 yang lalu termasuk la diri saya sendiri :) Alhamdulillah . Apa pun , for me it's not the only pangkat dan rezki yang ku dapat tapi beserta tanggungjawab yang diamanahkan...semoga Allah memberiku kekuatan, ketabahan dan keyakinan dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan ... amiin.

Gambar diambil semasa penyerahan watikah perlantikan kenaikan pangkat dan sarapan bersama VC pada 11 Ogos 2008.
Congrats to No'man, Pn. Vina, Raffie, Darwis, Aidah, Cik Kam, Sudin, Talip and me... :) Tingkatkan intergriti dan Bertekad cemerlang!!!

Farah's (Adik Apes) Wedding

Sebenarnya ini suda lama dalam camera belum ter-transfer... sekali transfer gambar2 dalam pc terus terngat gambar2 yang diambil masa pegi majlis perkahwinan adik apes, my hubby punya geng karas (kawan cum sedara). Actually nikah pada 08.08.08 dan majlis bersanding di rumah pengantin perempuan di putatan pada 09.08.08. Gambar di bawah ni adalah reception pihak lelaki di Grand Ballroom Magellan. Tema pengantin ialah hijau...kami laki bini ikut tema la tapi anak2 terpaksa pakai baju raya tahun lepas pasal hijau yang ada semua suda nda muat utk dorang pakai :( Diucapkan selamat pengantin baru utk kedua mempelai...semoga bahagia ke akhir hayat. Amiin.

Makhluk tuhan paling garang...

Tidak sah kalau saya update naufal but not my 2nd little angel dalam blog ni...lagipun baru2 ja belajar photoscape dari nleen...tq lin n welcome back to KK :) i got my fren again...ada geng suda jalan hari Jumaat.

Tema kali ni ialah makhluk tuhan paling garang...but the color is pink hehehe bukan apa...my princess ni quite garang dibandingkan dengan abang dia.muka pun kalau di gambar susa mau kasi senyum dia.lepas tu kalau main dengan abang dia pun ganas dan bengis...kalau naufal usik2 sikit pun suda dia teriak dan mau pukul abang dia...kena buli ja naufal oleh dia hehehe...kalau belah my in laws dia ni kena gelar "birik-birik"... sejenis bug yang kalau dipicit akan sedaya upaya keluarkan dirinya dari genggaman...itu la dia.

Ini la my 2nd little angel...cute juga kan macam mama dia :)

Gambar-gambar ni pun diambil dari my phone ja...dan susa mau amik gambar nadhrah ni nda pandai "teranah" orang brunai bilang...
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

You Are My VIG No. :

Free Web Counters
Web Counter THANK YOU