May 10, 2009

Bulan Ratu Hatiku


Macam nda pecaya tahun 2009 sudah hampir separuh tahun. Cepatnya masa berlalu. Mei memang sinonim dengan "IBU". Setiap Minggu kedua Mei seluruh warga planet bumi ini meraikan Hari Ibu. Dan tahun ini hari ibu jatuh pada 10 Mei - tarikh keramat bagiku dan adik beradik ku yang lain. Tarikh yang tidak mungkin akan kulupakan sampai bila2.
10 Mei 1998 :
Ahad dan Hari Ibu, dimana aku masih lagi bergelar seorang pelajar IPTA di tahun akhir yang sedang bergelut dengan peperiksaan akhir semester - my final destiny. Ketukan "Mak Guard" di pintu bilikku seawal jam 5 pagi mengejutkan aku dari tidur yang tidak bermimpi. Memang namaku yang dicari kerana ada "pelawat" yang tidak diduga menunggu untuk membawa ke rumah beliau yang juga saudara dan kebetulan tinggal berdekatan dengan tempat ku belajar. Sebaik saja aku menjejak kaki di depan pintu rumah beliau, azan subuh berkumandang dan pada masa itu lah aku menerima dakapan dari isterinya sekaligus menerima berita bahawa Ratu Hatiku telah kembali mengadap Ilahi, meninggalkan kami untuk selama-lamanya. Sedih yang tidak terkata dan sukar digambarkan dengan kata-kata. Di saat seluruh dunia meraikan hari ibu pada hari tersebut, aku telah kehilangan "syurgaku" - orang yang amat berjasa dari ku bergelar "juara", membesar di rahimnya hinggalah menjadi aku yang sedang mengetuk abjad-abjad di komputer riba ini.
10 Mei 2009 :
Tarikh yang sama, hari yang sama, sambutan yang sama. Hanya suasana yang berbeza. Perisitwa 11 tahun dulu masih segar dalam ingatan. Mana mungkin aku boleh melupakan hari yang amat bersejarah, tarikh keramat dan hari istimewa untuk meraikan para ibu di seluruh dunia. Kasih sayang, keprihatinan, dakapan, ciuman, kemesraan, kemarahan, bebelan dsb dari satu-satunya insan yang telah melahirkan aku tidak dapat kurasa sejak 11 tahun dulu. Terkilan rasa hati saat menerima gulungan ijazah, mama tiada sebagai saksi utama - tanda jasa dan pengorbanan beliau terbalas walau mengikut perkiraan kasar ia kurang dari 5%. Pilu rasa di jiwa, saat menerima gaji pertama, mama tiada untuk menikmati bersama. Sayu saat bergelar isteri tiada mama disisi pemberi kata nasihat. Merintih sendiri saat pertama kali melahirkan tiada mama pemberi petua. Rindu ku untuk mama menjadi tidak bertepi sejak 11 tahun dulu. Apalagi bila aku kini sudah bergelar ibu, itu pun baru dua orang anak yang masih kecil dan belum mengenal erti kehidupan sebenar, sudah ku rasa macamana jerih payah mama, membesarkan kami 7 beradik dengan penuh tanggungjawab, dalam tegas beliau, memastikan kami mendapat didikan sempurna...semuanya tidak dikira dan dihitung dalam buku kira-kira atau buku tiga 5. It's the unconditional love...
Untuk anak-anak yang masih beribu dan berbapa, hargailah mereka disaat nyawa masih dikandung badan. Tidak perlu menunggu hari ibu, hari bapa, hari lahir dan hari isitmewa untuk memberikan penghargaan. Setiap detik amat bermakna. Tunjukkan kasih sayang dan kalau boleh kucuplah tangan mereka setiap hari memohon keampunan, jangan disakiti mereka kerana mereka sudah cukup "disakiti" sejak kita kecil. Paling penting dalam hidup, kita hanya ada seorang ibu dan seorang bapa. Bahagiakan mereka selagi berkesempatan. Janganlah dikira apa dan berapa banyak bakti yang sudah kita berikan kepada mereka selama ini kerana jasa dan bakti mereka sememangnya tidak dapat dihitung dengan cara apa sekalipun, tidak akan dapat dibalas walaupun hingga ke hembusan nafas yang terakhir.
Untuk semua sahabat, kenalan dan keluarga yang telah bergelar ibu, Selamat Hari Ibu. Be the best mother untuk menjadi contoh kepada zuriat kita.
Untuk mama ku yang amat dicintai, semoga Rohnya ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman. Amiin.
Al-Fatihah.

6 comments:

Norti Sirin said...

my dear zue:

shahdu i membacanya..
'Happy Mother's day to u my friend'

love

Nots

mzn said...

Tqvm nots. Mmg setiap kali Hari Ibu hati semestinya jadi syahdu. Anyway semoga kita akan menjadi ibu yang baik kepada anak-anak...Amiin.

ArnabGumuk said...

bikin sedih plak baca entry ko kalini bah..hmm..al fatihah utk allahyarhamah.

mzn said...

Paksu a.k.a AG - Amiin. Tqvm. Itu luahan rasa yg terpendam sejak 11 tahun dulu :)

Unknown said...

:( so sad..

Yanti teda bapa..~

Uahhhh

mzn said...

Yanti, banyakkan doa sebab itu saja cara kita dapat membalas jasa mereka dan membuat diri tenang. Semoga mereka ditempatkan di syurga Allah yang teratas. Amiin.

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

You Are My VIG No. :

Free Web Counters
Web Counter THANK YOU