Feb 8, 2009

Akhirnya....

Malam ni boleh la aku menarik nafas lega selega-leganya kerana telah selamat melaksanakan salah satu tugas yang telah dipertanggungjawabkan untuk organisasi ku. Apapun segala penat lelah dan stress sekaligus lenyap bila semua JK saling bertukar salam tahniah yang tulus dan terpancar dari raut wajah setiap JK yang telah bertungkus lumus untuk event kali ini.
Sebenarnya kalau ikut2 badan amat letih yang amat sangat sebab sejak minggu lalu asyik balik lambat dan 2 hari ni saja aku stay back di ofc dan betugas dari pagi ke malam. Tapi like mentioned earlier, memang hilang segala penat tu...
Dalam kesempatan ini, ingin dirakamkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada semua JK Pelaksana Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Peringkat IPTA Kali Ke-5 yang telah bertungkus-lumus menjayakannya dan berlangsung selama 2 hari. Atas usaha dan kerjasama berpasukan yang ditunjukkan, semuanya berjalan dengan jayanya. Memang tiada majlis yang 0 defect. Tapi semuanya berjaya diatasi. Kepada Pengerusi JK Pelaksana, En. Darwis Awang, tahniah atas pimpinan anda dan semoga Konvensyen KIK Kali Ke-6 nanti UMS dapat menghantar penyertaan sebanyak yang boleh...Amiin. Tidak lupa juga saya mau minta maaf atas segala kesilapan dan kekasaran - termarah, terkomen yang laser2 (insuran i tinggi tau), ter-moody, tercerewet (adakah istilah ni...) dan pelbagai2 tu, baik yang sengaja atau pun tidak (rasanya tiada la marah secara sengaja...hehehe), saya harap semua JK dapat maafkan dari hujung rambut smpi hjg kaki. Semuanya kita buat ni demi UMS - BERTEKAD CEMERLANG :)
Tidak lupa juga terima kasih ku dikhaskan kepada team JK Pendaftaran, Buku Program & Cenderamata - Azma, Dyg., Mala, Ida, Vic, Latiff, Edwin, Daya, Mat, Linda, Is, Jue dan Andi. Tahniah dan teruskan semangat kerja berpasukan yang jitu yang telah dicurahkan. Tanpa u all, saya tidak akan dapat melaksanakan tanggungjawab ini berseorangan. Thanks again.
Gambar2 sekitar Konvensyen ini akan disiarkan dalam post yang akan datang :) dan untuk laporan detail, tunggu post terkini dalam blog rasmi PPUMS :)
Last but not least, rakan JK Sambutan (LO), JK Penginapan & Lawatan, JK Pengangkutan dan JK Perubatan, selamat meneruskan usaha utk aktiviti lawatan dan sehingga semua wakil IPTA yang bertandang ke bumi di Bawah Bayu ni selamat masuk perut kapalterbang. U all did excellent job. Syabas & bravo semua...

No comments:

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

You Are My VIG No. :

Free Web Counters
Web Counter THANK YOU